Wednesday 5 November 2014

Weekend Getaways at Gold Coast Morib Water Theme Park Resort, Banting, Selangor



This is last minute plan for my family outing. I booked this room thru agoda.com on Friday. The actual price is RM 5++ ada promotion tinggal RM 166+.Bukan setakat tu je, free breakfast untuk 2 orang, tiket water theme park untuk 2 orang and tiket flying fox untuk 2 orang. Ok la tu kan. Mmg berbaloi-baloi... We all check-in  on 1 Nov 2014 and check-out on 2 Nov 2014. This is a bufday treat for my angels. Disebabkan mummy selalu busy so taraaa..this is a small gift for your bufday Aleeya(5 Nov) & Damia(23 Sep).

Perjalanan ke Morib lebih kurang 11/2 jam. We all follow Cik Waze lalu MEX highway, terasa jauh sgt. Tapi still consider percutian yg murah..Minyak kereta one way RM 15 and tol RM 7.70. Alhamdullilah we all sampai hotel lebih kurang jam 2.30 petang. Check in time pukul 3.00 ptg. So ada 1/2 hour we all lepak ditepi Pantai Morib sambil makan pisang dan ubi goreng. Nyummy!!!mcm tak pernah makan kat KL lak. Ni kampung punyer wei..manyak sedap...(tapi tak sempat snap gambar).




My lovely family!!!!
Anak-anak pulak kalau Tok Mak and Tok Ayah tak ikut mengamuk..So my parents have to follow mana je I pergi. Inilah bilik yang kami dapat..Anak-anak seronok sangat.
Alhamdullilah dapat bilik view theme park. So my parents tengok kami dari atas je la. Tengoklah si cilik saya dah berposing..Tak sabar nak terjun kolam.. Padahal baru je berendam dalam jacuzi kat bilik mandi tu.
Huh...tuuuu diaaa....menarikkan theme park ni..Apalagi lepas rehat and solat lebih kurang 30 minit, kami anak beranak terjun kolam la..berendam sampai kecut jari jemari abg salleh ni..Theme park ni tutup pukul 7.00ptg.Dah nak tutup baru kami naik bilik. Tiket untuk masuk theme park ni dah termasuk dalam pakej bilik. Kalau tak mahal gak Dewasa RM35 kanak-kanak RM25. Tapi kalau kita check in kat sini harga tiket untuk kanak-kanak RM10 je. Murah tu...

Ni yang paling best..lepas solat maghrib, kami semua keluar nak cari makan malam. Disebabkan petang tadi dah lalu tepi pantai so nampaklah medan selera kat situ. Apalagi terus menuju saja untuk mengisi perut yang dah menyanyi-nyanyi ni...Dalam banyak-banyak gerai, Juvita ke Juwita ntah nama kedai ni tak perasan pulak nampak menarik..So terus je serbu. Ya Allah, seafood dia mmg fresh, so saya orderlah seperti yang dalam gambar tu..Actually ada 2 lagi lauk yang tak sempat snap iaitu kangkung goreng biasa and telur dadar. Mmg puas hati sebab murah and sedap.First time jugak makan Pahat. Sama mcm lala cuma kulitnya panjang-panjang.Alhamdullilah kenyang sangat..Lepas makan jenjalan di tepi pantai. Kemudian balik bilik and rehat sbb ada game bole Johor VS Pahang. Ayah and my hubby la yang tengok..saya, mak dan anak-anak tido la...


Mula-mula plan nak berasmara dengan cik suami ditepi pantai lepas subuh, tetiba si comel ni bangun pulak nak ikut...Jomlah sekali bole tolong ambik gambar..Nilah pemandangan pagi dipantai.Air surut..kata pekerja bangla kat situ pukul 12 tghari baru air start pasang..sambil jenjalan hidup udara segar jumpa belangkas and anak-anak ketam yang dh mati..Yang tak bestnya ada anjing liar bersepah-sepah kat tepi pantai ni..tengah berjalan-jalan mak call si kecik dah bangun and cari kami..so balik semula ke bilik. Prepare untuk breakfast plak. 

Time breakfast tak sempat snap sebab kami tak dapat makan di kopitiam, kena makan dalam khemah besar... Ya Allah kotor. Bab ni mmg tak suggest for those yang bawa extra guest. Lebih baik breakfast kat luar. Kedai mamak pun tak jauh dari situ..Mahal and tak sedap makanan kat sini.. Dewasa RM 35 dan kanak-kanak RM25..dah lah dalam khemah..Huishhh!!!


After breakfast sambung mandi kolam lagi..in between tu kami main flying fox. Rugilah dah dpt tiket free tak main..Takde la tinggi sangat mcm kat sunway lagoon tu...Ok la..anak-anak tunggu kat bawah, mummy and daddy nak main ni k..Mula-mula kakak kata "Mummy tak payah lah nnti jatuh susah sebab mummy gemuk "Ala anak oiii..takpe kalau jatuh mummy bangun k.Hihihihi...Seronok..
kami naik bilik lebih kurang pukul 11.30pg..Siap-siap and check out pukul 12tengahari..


Alhamdullilah dapat bersama family dihujung minggu..anak-anak  request nak pergi lagi..Insyaallah ya, nnti mummy booking lagi...Ok bye Gold Coast !!!

No comments: