Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

Wednesday, 11 November 2015

MY PRINCESS BIRTHDAY!!!!

Happy birthday kakak!!!!Mummy & daddy sentiasa doakan semoga kakak diberikan kesihatan yang baik, sentiasa berjaya di dalam apa jua bidang yang kakak ceburi, diberikan rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan segala urusan, sentiasa jaga solat walau dimana jua kakak berada dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t. Amin ya rabbal a'alamin... Masih segar diingatan mummy disaat kamu dilahirkan dengan mudah pada 5 Nov 2008. Alhamdullilah bersyukur tak terhingga waktu itu. Mummy & daddy rasa kamulah anugerah Allah yang paling berharga buat kami pada saat dan ketika itu. Hari demi hari hidup kami dipenuhi dengan keletah kakak yang selalu membuatkan kami tertawa bahagia, kakak menjadi kesayangan Tok Mak & Tok Ayah serta ahli keluarga yang lain sehingga hari ini. Pada hari yang bermakna buat kakak hanya seutas doa yang mummy & daddy akan berikan.

Kuserahkan nama-nama anakku dalam tangan-Mu ya Tuhan
Tulislah nama-nama anakku dengan tinta yang tak terhapuskan agar 
tak ada siapapun juga yang dapat merebutnya, tidak juga iblis durhaka mengayaknya seperti gandum celaka
Peganglah tangan anak-anakku bila mereka harus kulepaskan
Biarlah mereka dilindungi kuat-Mu, terlepas bebas dari segala kelemahan.
Tuhan, kau tahu betapa hebatnya dunia membenci mereka dengan sewenang-wenang.
Jagalah jangan sampai mereka tenggelam dalam gelombang cubaan dunia yang kejam
Aku tak meminta agar anak-anakku bebas lepas dari setiap penderitaan
hanya kuminta keberanian dan daya tahan bagi mereka dalam ketakutan dan kesepian.
Biarlah di dalam nama-Mu mereka beroleh perlindungan dalam satu ikatan tak terputuskan.
Janganlah biarkan mereka terasing daripada-Mu Tuhan,
melainkan akrab setia pada-Mu sepanjang kehidupan.
Kuserahkan nama-nama anakku ke dalam tangan-Mu ya Tuhan. Amin...
Sorry syg...simple celebration for you. Insyaallah next time kita plan early ok..
 




Monday, 19 October 2015

It's My Birthday Again!

Alhamdullilah...
Ya Allah,kau masih beri aku peluang 
untuk bernafas di muka bumi ini
Ya Allah,panjangkanlah usiaku
Agar aku lebih lama mentaatiMu
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
Moga diakhirat aku dapat mengutip hasilnya

Ya Allah,tambahkanlah amalanku
disaat bertambahnya usiaku
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar
menyinari jalanku
Rehatku adalah rantaian zikir
Rantai yang kukalungkan pada leherku
sebagai tanda cintaku padamu

Ya Allah,Engkau tidak mensia-siakan
segala usahaku
Mencari haruman syurga ciptaanMu
tempat rehat dan nikmat abadi
Aaminn....aamin yarabbal'alamin
Tq Daddy, Kakak & Adik belikan mummy cake ni. Sorry mummy tak sihat & tak larat nak keluar.
Tq to my colleague too for the cake. My special guests help me to blow the candle out.

Tuesday, 22 September 2015

Selamat Hari Lahir Puteriku Nur Damia Marissa

Selamat hari lahir puteriku Damia. Pantas benar masa berlalu..Masih terbayang-bayang saat aku mengandungkan dan melahirkan dia 4 tahun yang lalu. Dilahirkan dengan mudah tanpa menanggung sakit yang lama. Kerana tidak sabar melihat dunia ini kamu telah dilahirkan di dalam lift di hospital. Terima kasih Ya Allah, kerana kau kurniakan aku anak yang comel dan cerdik ini. Kamulah  anak yang tak banyak ragam dari lahir hingga kini. Pandai berdikari, rajin, dengar kata dan hormat orang tua. 

Damia, keletah dan senyumanmu membuatkan mummy & daddy semakin bahagia. Kami doakan supaya kamu akan menjadi anak yang solehah, menjadi semakin cerdas & cerdik, semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan rahmat & rezeki yang luas. Kami harap apabila dewasa nanti, jaga diri kamu sebaik mungkin walau di mana jua kamu berada dan jangan tinggal solat. Hanya seutas doa ini yang dapat kami berikan kepada kamu.


 Pada 24hb Sept, sebelum Maghrib En.Somi kata kakak2 ipar suruh datang rumah Ayah Mertuaku..dia orang masak sup daging korban..wah dah meleleh air liur ni dengar...sampai2 je bukan sup tapi dia orang nak celebrate bufday kids utk bulan Sept.(Hannah, Haziq & Damia)
 Inilah kami semua yang dah tak sabar nak menyanyi..
hah..inilah bufday girls & boy
 Lepas solat maghrib, mummy bersiap nak berhias sbb ada reunion X staff MBSB kat rumah Aunt Zila di Pt Raja..Sampai rumah dia..wah Aunt Zila buatkan Damia kek dua tingkat..dah mcm kek pengantin..Murah Rezeki anak mummy ni banyak betul bufday cake dia..
 Inilah kek harijadi Damia dari Aunt Zila
 Wajah-wajah kami selepas lebih kurang 7 tahun tak jumpa..Aunt Zila maintain cun je..
  Daddy orang yang paling sibuk nak buat birthday celebration Damia.

 Inilah hasil tangkapan kami..
 Cake Robocar Poli requested by Damia.Tq Aunt Zila buatkan kek ni.
 So cute
 Tok Mak busy memasak untuk jamu anak-anak kecil
 Mummy sibuk kat dapur, Daddy orang yang paling busy decor rumah Tok Mak..Anak2 kecil kat depan tu dah tak sabar nak masuk untuk nyanyi
 Birthday girl & kakak
 Mak Da pun tolong decor sekali, abaikan motor besar kat belakang tu sbb takde siapa yang kuat nak alihkan..Tuan punya motor tak dapat balik..
 Alhamdullilah...Juadah yang mummy & Tok Mak dapat siapkan..Nasi Minyak, Ayam MAsak Merah, Bihun Goreng Singapore, Kuey Tiaw Goreng, Nugget Tempura, Cocktail Sausage, Brownie Nutella & Air Durian Belanda
 Terima kasih Tok Said bacakan doa selamat untuk Damia
Walaupun tak berapa kenal, alhamdullilah kawan-kawan Damia yang ada kat rumah Tok Mak datang meraikan majlis
 "Happy birthday to you!Happy birthday to you!Happy birthday to Damia!Happy birthday to you!"
Kakak pun tolong potong kek ya!!!Nanti buat kakak punya majlis pulak ya..



 Enjoy anak-anak ni menjamu selera..
 Happy birthday sayang..semoga jadi anak yang solehah, berbakti pada mummy & daddy,semoga berjaya didunia & diakhirat..Amin!!!

Wednesday, 2 September 2015

Majlis Perkahwinan Aziz & Huda

Alhamdullilah tanggal 13 Mac 2015 adikku sah bergelar suami kepada Nurul Huda. Syukur ke hadrat illahi dengan izinnya termeterailah sudah ikatan yang sah diantara Aziz & Huda. kami semua  doakan korang kekal bahagia hingga ke syurga Firdausi..Amin..

 Inilah wajah adikku yang handsome..berdebar tu..dlm masa yg sama hati penuh bunga ooo..Majlis akad nikah pada sebelah pagi diadakan dirumah pengantin perempuan.Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ahli keluarga dan juga sanak saudara serta sahabat handai yang datang dari jauh mahupun dekat untuk memeriahkan lagi majlis ini.
suasana dirumah sebelum ke rumah pengantin perempuan...Muka berdebar tu..
 Alhamdullilah..saudara mara dan shabat handai ayah memeriahkan majlis ni..
The three stoogest..inilah best friend Ayah..Tq so much to Uncle Yamin, Uncle Ahmad & Uncle SaidInilah hantaran dari pihak kami
 Rombongan Che Kiah..Tq  Mak Ngah, Nor, Mak Yam & lain-lain
 Perghhh..mmg berdebar-debar ni..Tgk pengantin tu control macho je

Cer tengok kakak pengantin tu..busy benor...
 last setting..tq Mak Yam
 Gabungan dua hantaran..Menarik tertarik kau memang deboommm...
 Imam Subuh ni best friend En Somi dari sekolah lagi.. 
 Cantik jelita pengantin perempuan..Sesi penyerahan wali pernikahan
Bapa pengantin perempuan mewakil walikan Imam untuk menikahkan pasangan ini..Berdebar -debar pengantin ni..


Alhamdullilah..Selesai sudah majlis pernikahan ini.Semoga kamu berdua selamat melayari bahtera rumahtangga.
Majlis akad nikah..
 Gorgeous!!!Sorry la gambar blur sikit..Kita guna telefon murah je..
Me & My Aunt
 
Inilah keluarga kami   
 Segak bergaya adikku..
 Raja sehari menanti pertunjukan silat pengantin
 Sama cantik sama padan..semoga kekal bahagia hingga ke jannah

  Merah itu menawan..Cantik sesangat!!!Inilah tempat Raja Sehari disebelah pihak kami pada keesokkan harinya..
Inilah dewan raja sehari..Mak & Ayah yg pilih..cantik..
Mak, Ayah, Pakcik Md Said & Fared..makan dulu sebelum tetamu sampai..
Posing dulu ye sayang sebelum majlis mula
Tq Abg Roza & Mak Uteh sudi datang ke majlis ni..
 Ya Allah cantik dan sepadan pengantin ni..Tahniah ye Aziz & Huda..