Wednesday 22 October 2014

Adindaku Di Jemput Illahi

Dah lamanya rasa tak update blog ni rasanya lebih kurang 4 bulan. Selama ni juga banyak kenangan sedih,gembira,masam,manis dan sebagainyalah.

Pada 1 Julai 2014 bersamaan 4 Ramadhan 1435 yang lalu, kami sekeluarga telah kehilangan insan yang paling kami sayangi. Adindaku Idris telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat di dalam kemalangan maut di Jubail, Saudi Arabia. Alhamdullilah beliau telah selamat dikebumikan di tanah suci dengan bantuan rakyat Malaysia yang berada di sana.Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya dan semoga tenang di sana serta di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh disisiNya.Amin!!!



Keadaan kereta arwah yang remuk