Tuesday 25 August 2015

Hari Kelahiran Insan Tersayang

Ya Allah lamanya aku tak muncul di blog ni..Ini adalah post pertamaku pada tahun 2015. Di sebabkan sibuk dengan kerja, belajar dan keluarga maka aku pendamkan semua ceritaku di draft box sahaja..hehehehehe. 

Hari ini aku terpanggil untuk menulis kerana hari ini adalah tarikh kelahiran adikku yang telah pun pergi buat selamanya.Selamat Hari Lahir yg Ke 31 Abg Chik.. Doa kami semua semoga abg chik tenang di sana, dikelilingi para solihin dan berada di syurga jannah bersama orang-orang yang terpilih. Kami di sini sentiasa rindukan abg chik. Pesan abg chik untuk keluarga dan berjaya dalam hidup tidak pernah kaklong lupakan. Segalanya masih segar diingatan dan seolah-olah baru sebentar kita berbicara. Tetapi itulah Qada dan Qadar Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Al -Fatihah adikku. 
 



Al-Jubail, Saudi Arabia

Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk menyempurnakan jenazah di Saudi, doa dan harapan kami semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan para solihin di alam sana..
" Abg Chik sentiasa di hati kami dan doa kami semoga kita akan berjumpa di jannah Allah suatu hari nanti"


Alhamdullilah, setelah melalui pelbagai rintangan untuk mendapatkan visa dan tiket untuk ketempat arwah, akhirnya kami bertiga akan memulakan perjalanan ke Jubail, Saudi Arabia pada 12 July 2014 @ 10.00am. Perasaan aku pada waktu ini amat bercampur baur dimana aku terpaksa tinggalkan mak yang kurang sihat, suami yang terpaksa mengalas tanggungjawab menjaga anak-anak sendiri sepanjang ketiadaan aku dan aku juga perlu menjaga ayah dan adikku sepanjang kami berada di bumi Anbiya ini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk mengharungi semua ini..Amin ya rabbal alamin..



"Ya Allah kau selamatkanlah perjalanan kami dan permudahkanlah segala urusan kami"

Alhamdullilah..kami selamat tiba di Dammam Airport pada 12 Julai 2014 lebih kurang jam 4pm waktu Malaysia selepas lebih kurang 16 jam perjalanan ..Uncle Dzaki , Uncle Sazli, Kak Siti Raudza and her sweet little angle Sorfina menyambut ketibaan kami. 

"Uncle Dzaki, Uncle Sazli, Kak Siti Raudza dan Sorfina

Selepas luggage kami dimasukkan ke kereta mereka kami mulakan pula perjalanan  dari Dammam ke Jubail yang mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam. Setiba kami di Jubail kami ditempatkan di Hotel Karan, Al-Jubail di kawasan Royal Commission. Ya Allah