Tuesday 1 September 2015

Merdeka Getaways at Kemensah Chalet & Waterfall, Ulu Klang, Selangor

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka yg ke-58 Malaysia..
Tanggal 31 Ogos 2015 yang lalu,  kami sekeluarga rehat, lepak kat rumah and mengemas apa yg patut. Plan asal nak balik kg tp my parents kata tak payahlah sbb mereka akan datang a few days je lagi. Sedang mengemas2 tetiba terfikir pulak nak ajak anak-anak g picnic kat waterfall. Bila tanya En suami dia ok je.
So apalagi cuba fikir tempat yg paling dekat....Akhirnya teringat waterfall yang paling dekat dgn rumah... So akhirnya kami ke Kemensah Chalet & Waterfall.

 Tempat ni terletak di Hulu Kelang, Selangor. Dari simpang Zoo Negara cuma mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke sini. Siapa sangka di tengah kota ini ada waterfall yg cantik. Tempat mmg cosy la..
 Kami sampai awal lebih kurang jam 7.50pg..sbb sebelum tu call care taker dia kata chalet dah fully booked tapi cubalah datang awal pagi. so, kami pun datang dgn penuh harapan..Alhamdullilah,dengan izin Allah s.w.t ada chalet kosong dan kami boleh pilih chalet yg mana untuk menginap. Masuk saja ke kawasan ni, anak-anak excited nampak waterfall tu..
 Kami sewa 2 chalet. Harga sewa setiap chalet RM50.00 dari 8.00pg-6.30ptg dan mengikut kata care taker kat situ En Heiri chalet tu bole muat untuk 5 orang/sekeluarga sahaja. Kalau lebih dari tu extra charge RM15.00 akan dikenakan bagi setiap family.

Ini adalah chalet kami..tgk tu anak-anak dh tak sabar nak mandi..
ada buaian kecil bawah tu..semua tengah enjoy makan ice cream tu..

antara chalet yg ada...Alhamdullilah aku dapat yg cantik dan lebih elok..Kat sini cuma ada 5 Chalet je kalau tak silap. So kena la dtg awal untuk dptkan chalet..Kat sini jugak ada swimming pool dimana air dari bukit tu disalurkan terus ke kolam buatan, tandas dan surau juga disediakan untuk solat..Ntah mana pic tu semua takde dah dlm phone ni..
Alhamdullilah..inilah hasil air tanganku untuk jamu ahli keluarga yang dtg..

My small family!!!Sebelum mandi manda kami isi perut dulu..kalau tak nnti masuk dalam air perut menyanyi-nyanyi pulak. Anak2 ni makan ala kadar je tak sabar nak mandi..sbb waktu ni orang tak ramai lg. 

 En.Hadi la org yang paling sibuk melayan keletah anak-anak kecil. Seronok tengok anak-anak kecil ni enjoy..

Inilah anak-anak kecil yang tak nak naik berendam..lepas berendam naik makan, turun lagi, dah salin baju cantik bukak semula turun lagi mandi..Hai la anak...Enjoy sangat ye..


Dah sejuk-sejuk berendam makan ais krim pulok tiga dara pingitan ni..tgk si kecik tu sampai dah biru bibir berendam...

Tq to my lovely ayah mertua, kakak-kakak ipar,adik ipar dan biras-biras yg sudi joined our last minutes outing and small gathering kat waterfall ni...
 Last but not least, our small family happy faces...We love our nature...ada masa bole datang lagi..
Kepada sesiapa yang nak datang sini bole contact En Heiri@ 019-2060175!!!!

No comments: