Monday 19 October 2015

Weekend Getaways @ Tadom Hill Resort, Banting, Selangor

Disebabkan viral di FB dan juga laman sosial yang lain, tak sabar rasanya nak tengok keindahan alam di Tadom Hill Resort ni.So 3hb Okt 2015,saya dan En. Suami sepakat untuk ke sini.Tak kira la cuaca jerebu ke tidak..Aku tetap nak pergi jugak.Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45min dari Ampang ke Banting,Klang.Seawal 7.30pg kami dah keluar rumah sebab untuk masuk ke sini based on first come first serve katanya. Kawasan ni hanya boleh muat lebih kurang 150 orang pada satu masa.So, jom jangan lepaskan peluang ni.Hah, nak masuk ke sini takde signboard, tetiba En.Waze kata 'you've reached the destination'. Nasib la mata aku ni tajam. Nampaklah bunting ni kat dalam semak.
Alhamadullilah, kami pun masuk ikut arrow yang tak berapa nak cantik tu ke arah Tadom Base..hehehehehehe.Masuk je kawasan ni anak-anak terus diam. Kakak kata macam tak best je mummy.A'a lah tempat ni tak sesuai untuk anak-anak kecil.Ianya sesuai untuk orang-orang dewasa yang sukakan aktiviti lasak ataupun  team building.Takpe..jom kita survey dulu.
Sambil meyusuri jalan nak masuk nampak signboard ni.Sempoi tak pondok guard and signboard tu.Kawasan ni dalam kebun kelapa sawit dan juga dikelilingi bukit batu kapur..eh betul ke..maklumlah geografi result tak berapa nak bagus dulu-dulu..hehehe
 Sempoi signboard ni...
 Ada orang lagi awal dari aku rupanya.Padahal sampai sini pukul 8.20am.Apalagi kami parking kereta dan berjalan-jalan melihat keindahan alam sementara orang belum ramai lagi.
 Alamak turun dari kereta terus nampak signboard ni...Tutup ke..aduh!!! Frust nyer!!!Bila tanya guard kat situ dia kata sebelum pukul 10am mmg tak bole masuk..Arghhh..lega rasa..Jom kita sambung ronda-ronda kawasan.
 Welcome to Tadom Hill
 Kaunter tiket Tadom Base
Kat sini ada 4 Zon Tadom Base.Ianya merupakan aktiviti lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal.Kalau sesiapa yang tak pandai berenang macam aku, tak payah beranganlah nak join aktiviti ni.Jom kita tgk apa cabaran yang ada.
 Ada Red Zone & Blue Zone kat Tadom Base ni. Apa perbezaannya aku pun tak tahu.Tak sempat nak tanya kat kaunter tu sebab semua org tgh busy dengan kerja masing-masing
 Ni salah satu cabaran yang ada.Nampak tu ala-ala wall climbing gitu
Berkayak bg sesiapa yg minat
Yg ni tak tau apa nama dia..tapi still kena panjat and meluncur terus dalam tasik tu..best
Yg ni pun kena panjat-panjat lepas tu lalu dalam tasik tu..Kalau pergi ramai-ramai mesti best
 Semua pondok dan juga hiasan guna bamboo base
 Hah..tengok tu belum pukul 10am orang dah panjang beratur nak masuk. Aku pun beratur jugaklah. Dah hampir sampai turn aku barulah panggil En.Suami dan anak-anak sebab kena pakai wrislet tag.
 Queue at the reception counter
 Alhamdullilah..inilah reception counter..Ramai minah salleh kat sini..cantik-cantik semuanya. Tak sempat nak snap gambar mereka.
Gambar ini dari google je. Inilah price untuk masuk ke Tadom Hill untuk seorang..Kalau pergi ramai-ramai dapat lagi murahlah.Mengikut kata Pak Guard kat situ tempat ni masih banyak lagi construction yang belum siap dan belum dapat kelulusan dari pihak-pihak tertentu.Kalau dah siap sepenuhnya harga akan naik lagi.
 Semua orang bole ambil tikar belakang reception counter.Lepas tu terus pergi ambil life jacket.Kalau takde life jacket tak bole mandi tau.Tasik tu dalam sangat..takut pulak. 
Nampak tak lepas pakai kena pulangkan semula life jacket tu.
Alhamdullilah..dapat jugak spot yang baik kat bawah pokok kelapa sawit ni. Sebelum turun mandi breakfast dulu ya.Nanti perut lapar mummy tak tau...
 Kat sini banyak lalat so makanan semua kena tutup rapi.Bekalan yang agak pelbagai jugak.Nasi lemak,ayam goreng, sandwich sosej, nugget goreng and roti perancis cicah kari kambing...pergh!!!mmg sedap..(mode masuk bakul angkat sendiri)
 Perut pun dah kenyang, anak-anak dah tak sabar nak turun mandi..Jom...TQ abg guard pakaikan life jacket saya & adik
Dah tak sabar ni nak terjun tasik.Nampak tu nun dibawah pokok tempat kami melepak..
 We are ready to go!!!!
 Ni la jeti untuk turun ke tasik tu.Jom kita mandi dulu...sementara belum ramai orang


 Oh Gosh!dah 2 jam kami berendam kat sini.Nak naik rakit memanjang penuh...pelampung yang kecil tu pun habis saja...Jomlah naik dulu.
Inilah kawasan yang menjadi tarikan pengunjung untuk ke sini.Maaf la tak berani aku nak terjun ada tak timbul-timbul nnti.Maklumlah badan comel sgt.Kalau aku terjun ada patah pulak papan tu..kesian orang lain tak dapat naik..hehehehehe...
Bila dah terjun baru boleh naik buai kat sini. Takpelah tengok dari jauh pun dah cukup dah...
 kat sini punyalah banyak khemah, tapi tak bole sewa kecuali overnight stay.Rugi betul la.Kalau owner sewakan pada pengunjung lagi banyak dia dapat duit.Atleast orang bole la baring and rehat sekejap dalam khemah tu.
Cool place
Kat sini pun ada pondok-pondok macam ni tapi pun tak bole sewa.Mungkin still under construction tu yang tak bagi orang sewa dulu
They have 2 types of Hut.There are Sunset Bamboo Hut & Sunrise Bamboo Hut.
 Hammock Sphere
 Guest yang overnight stay je bole sewa. Kat sini jugak bole sewa tempat barbeque.
Ni yang bagus...tak lupa tempat solat.So kalau ke sini takde alasan kata takde surau.Selesa sangat walaupun yang dalam tu surau perempuan dan yg luar tu surau lelaki.
Tenang je jalan ke tempat persalinan dan tandas
 Tandas yang bersih & cantik
 Bilik mandi.Untuk menjaga kebersihan sila tanggalkan kasut anda diluar
 Berebut budak-budak ni nak mandi.Lepas mandi dan tukar pakaian, kami makan dulu sebelum balik.Happy jugak kat sini tapi tak bole balik lewat sangat sebab anak-anak ni nak tido...
 Inilah restoran Tadom Hill yang belum siap sepenuhnya.Tak singgah pun sebab ada makanan sendiri....hehehhehehe
Abang-abang ni mesti ingat aku nak amik gambar mereka,padahal aku nak amik gambar pondok yang belum siap tu.Jangan perasan ye abang-abang
 Tu dia..penuh betul dah parking ni..Ok la kami nak balik ni so sesiapa yang baru sampai bolelah parking kat sini.Bye Tadom...

No comments: