Ya Allah lamanya aku tak muncul di blog ni..Ini adalah post pertamaku pada tahun 2015. Di sebabkan sibuk dengan kerja, belajar dan keluarga maka aku pendamkan semua ceritaku di draft box sahaja..hehehehehe.
Hari ini aku terpanggil untuk menulis kerana hari ini adalah tarikh kelahiran adikku yang telah pun pergi buat selamanya.Selamat Hari Lahir yg Ke 31 Abg Chik.. Doa kami semua semoga abg chik tenang di sana, dikelilingi para solihin dan berada di syurga jannah bersama orang-orang yang terpilih. Kami di sini sentiasa rindukan abg chik. Pesan abg chik untuk keluarga dan berjaya dalam hidup tidak pernah kaklong lupakan. Segalanya masih segar diingatan dan seolah-olah baru sebentar kita berbicara. Tetapi itulah Qada dan Qadar Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Al -Fatihah adikku.
No comments:
Post a Comment