Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk menyempurnakan jenazah di Saudi, doa dan harapan kami semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan para solihin di alam sana..
" Abg Chik sentiasa di hati kami dan doa kami semoga kita akan berjumpa di jannah Allah suatu hari nanti"
" Abg Chik sentiasa di hati kami dan doa kami semoga kita akan berjumpa di jannah Allah suatu hari nanti"
Alhamdullilah, setelah melalui pelbagai rintangan untuk mendapatkan visa dan tiket untuk ketempat arwah, akhirnya kami bertiga akan memulakan perjalanan ke Jubail, Saudi Arabia pada 12 July 2014 @ 10.00am. Perasaan aku pada waktu ini amat bercampur baur dimana aku terpaksa tinggalkan mak yang kurang sihat, suami yang terpaksa mengalas tanggungjawab menjaga anak-anak sendiri sepanjang ketiadaan aku dan aku juga perlu menjaga ayah dan adikku sepanjang kami berada di bumi Anbiya ini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk mengharungi semua ini..Amin ya rabbal alamin..
"Ya Allah kau selamatkanlah perjalanan kami dan permudahkanlah segala urusan kami"
Alhamdullilah..kami selamat tiba di Dammam Airport pada 12 Julai 2014 lebih kurang jam 4pm waktu Malaysia selepas lebih kurang 16 jam perjalanan ..Uncle Dzaki , Uncle Sazli, Kak Siti Raudza and her sweet little angle Sorfina menyambut ketibaan kami.
"Uncle Dzaki, Uncle Sazli, Kak Siti Raudza dan Sorfina
Selepas luggage kami dimasukkan ke kereta mereka kami mulakan pula perjalanan dari Dammam ke Jubail yang mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam. Setiba kami di Jubail kami ditempatkan di Hotel Karan, Al-Jubail di kawasan Royal Commission. Ya Allah
No comments:
Post a Comment