Selamat hari lahir puteriku Damia. Pantas benar masa berlalu..Masih terbayang-bayang saat aku mengandungkan dan melahirkan dia 4 tahun yang lalu. Dilahirkan dengan mudah tanpa menanggung sakit yang lama. Kerana tidak sabar melihat dunia ini kamu telah dilahirkan di dalam lift di hospital. Terima kasih Ya Allah, kerana kau kurniakan aku anak yang comel dan cerdik ini. Kamulah anak yang tak banyak ragam dari lahir hingga kini. Pandai berdikari, rajin, dengar kata dan hormat orang tua.
Damia, keletah dan senyumanmu membuatkan mummy & daddy semakin bahagia. Kami doakan supaya kamu akan menjadi anak yang solehah, menjadi semakin cerdas & cerdik, semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan rahmat & rezeki yang luas. Kami harap apabila dewasa nanti, jaga diri kamu sebaik mungkin walau di mana jua kamu berada dan jangan tinggal solat. Hanya seutas doa ini yang dapat kami berikan kepada kamu.
Pada 24hb Sept, sebelum Maghrib En.Somi kata kakak2 ipar suruh datang rumah Ayah Mertuaku..dia orang masak sup daging korban..wah dah meleleh air liur ni dengar...sampai2 je bukan sup tapi dia orang nak celebrate bufday kids utk bulan Sept.(Hannah, Haziq & Damia)
Inilah kami semua yang dah tak sabar nak menyanyi..
hah..inilah bufday girls & boy
Lepas solat maghrib, mummy bersiap nak berhias sbb ada reunion X staff MBSB kat rumah Aunt Zila di Pt Raja..Sampai rumah dia..wah Aunt Zila buatkan Damia kek dua tingkat..dah mcm kek pengantin..Murah Rezeki anak mummy ni banyak betul bufday cake dia..
Inilah kek harijadi Damia dari Aunt Zila
Wajah-wajah kami selepas lebih kurang 7 tahun tak jumpa..Aunt Zila maintain cun je..
Daddy orang yang paling sibuk nak buat birthday celebration Damia.
Inilah hasil tangkapan kami..
Cake Robocar Poli requested by Damia.Tq Aunt Zila buatkan kek ni.
So cute
Tok Mak busy memasak untuk jamu anak-anak kecil
Birthday girl & kakak
Mak Da pun tolong decor sekali, abaikan motor besar kat belakang tu sbb takde siapa yang kuat nak alihkan..Tuan punya motor tak dapat balik..
Alhamdullilah...Juadah yang mummy & Tok Mak dapat siapkan..Nasi Minyak, Ayam MAsak Merah, Bihun Goreng Singapore, Kuey Tiaw Goreng, Nugget Tempura, Cocktail Sausage, Brownie Nutella & Air Durian Belanda
Terima kasih Tok Said bacakan doa selamat untuk Damia
Walaupun tak berapa kenal, alhamdullilah kawan-kawan Damia yang ada kat rumah Tok Mak datang meraikan majlis
"Happy birthday to you!Happy birthday to you!Happy birthday to Damia!Happy birthday to you!"
Kakak pun tolong potong kek ya!!!Nanti buat kakak punya majlis pulak ya..
Enjoy anak-anak ni menjamu selera..
Happy birthday sayang..semoga jadi anak yang solehah, berbakti pada mummy & daddy,semoga berjaya didunia & diakhirat..Amin!!!
No comments:
Post a Comment